Pages

Tuesday, July 05, 2011

Jalan-jalan Cari Pasal kat Empire

Cerita ni dah basi pon, tapi melihatkan kepada jadual tuan tanah kedaun empunya blog sibok memanjang, maka tiadalah mempunyai masa yang berharga untuk menghupdate blog...


tapi takper la kan, biler ada masa terluang di opis, apabila kelihatan line clear, bos-bos semua tak ada di tempat kejadian, maka kita gunakan peluang itu sehabis baik....


opppsss... terbayang muka bos aku cakap from 8.15am to 6.05pm, you are mine... wah! syyhhhh syhhhhh.. pegi main jauh-jauh bayangan itu... you are so not invited into my imagination OK...fullstop


so, last weekend adalah edisi pegi melepak pada waktu malam hari di Empire... MISI : MAHU MENCARI TEH TARIK SECAWAN ATAUPON KOPI SECANGKIR BERSAMA JIRAN TETANGGA


 bersama jiran - tapi yang ni tak cukup korum, ada 1 lagi family tercicir dari gambar

anak daraku kelihatan cukup horror akibat mengantuk tapi still nak bermain-main..


 simply out of control..
buat cam berada di rumah sendiri main atas meja makan.... huhuhuhuh..
budak-budak bile dah berkumpul.... adoii!!


 danial, keisha and anis..
ada 2 lagi kanak-kanak ribena tak kelihatan



Ni nak cerita ni.. duit dalam wallet aku time tu ada la dalam RM15 kot..


pastu nak g cucuk duit kat ATM, aku dengan confident nya bawak la si Aisya Qaisara pegi ATM sama...


ada apek depan aku tuh ntah berapa ribu hengget ntah dia nak keluarkan, kemain lama lagi dok tercongok depan ATM...  si aisya dah menggelitis dah atas dokongan aku mintak dilepaskan..

cubaan untuk menenangkan dia tak berapa nak berjaya...
bila tiba time aku nak keluarkan duit, si aisya dah takleh tahan dah... aku try dukung dia sambil nak enter password.. GAGAL..
Dia struggle nak picit-picit butang... last-last aku decide nak turunkan dia..


dan-dan dia pijak jer tanah (errhmmm, floor) terus berlari tergedik-gedik...


aku pon tanpa berfikir panjang terus mengejar budak kecik tuh....


dapat jer tangkap dia, kad aku pon kena telan... GULP!
mangkok ayun nyer ATM, ko ingat kad aku tuh donut big apple ke haaaa?


sebab orang kat belakang aku terus masukkan kad dia......tapi takleh nak salahkan dia jugak, since bukannya dia nampak apa aku buat dengan kad aku kan..?


Maka, misi untuk minum kopi secangkir memang BERJAYA... sebab duit ada 15 hengget jer,  kad kena telan, nak jadikan citer, hubby aku pon ada la beberapa keping duit singgit dalam wallet, kad aku kena telan..pastu aku angin..... pastu mana nak korek duit kan..?


pastu aku beli jer la kopi secawan..


aku secawan, hubby secawan, cik bibik secawan..


oooh, pastu aku pau roti-roti jiran jiran tetangga..


 
Sekian.





Salam, n out!

4 comments:

~ As ~ said...

wahhh seronoknya blh lepak dengan jiran..ehehehe...jiran kami semua perasan sibuk. ekekek

@tune® said...

lenkali minum gerai tepi jalan...

Faizah Salleh said...

uuu...sexy daniel post gitu..kirim salam sayang i ye...

Arissa Aqilah said...

hai..ko berjiran dengan Raul rupanya...kem salam kat dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...