Pages

Thursday, August 25, 2011

Zikir-zikir yang superb untuk diamalkan oleh mama-mama yang awesome....

hamboi tajuk!


sempena bulan ramadhan ni, sajer jer nak sharing is caring dengan uolss semua zikir-zikir yang sangat sesuai dengan kehidupan kiter untuk diamalkan..


actually aku baru tau eh, bukan la baru tau... dah lama tau, tapi tak amalkan... lantas terus alpa dan terlupa di bawa arus kemodenan di bumi urban ini...


aku terjumpa tentang khasiat-khasiat 99 Nama Allah.... sesungguhnya terlalu banyak dzat-dzat-Nya yang boleh diamalkan.... antara nak atau tidak jer... antara sanggup atau tidak untuk memberikan ruang ajer... yang ni aku cakap aku la... kadang-kadang nak semayang pon tertangguh-tangguh... sanggup mengadap FB berejam-berejam tak plak cramp vontot, lenguh mata bagai... semayang 15 minit pon bajet cam dah hebat, dah lama giler... berzikir terkumat-kamit sekejap, menguap berpuluh-puluh kali......
 *muslimah yang langsung tak berkualiti... ceit!*


anyway... kalau korang nak pahala terlebey skit bulan-bulan pose, rajin-rajin amalkan zikir ni... mudahan-mudahan aku pon dapat share skit pahala korang... heheheh... almaklum pahala aku pon tak banyak...


1. Barang siapa berzikir "Ya-Malik" 121 kali setiap hari selepas waktu fajar atau ketika gelincir matahari, insyallah di bukakan pintu rezeki luas untuknya.



2. Barang siapa yang membaca "Ya-Muqiit" berulang kali dalam segelas air lalu diberi minum kepada anak yang nakal, insyallah perangai anak itu akan bertukar baik



3. Barang siapa yang membaca "Ya-Raqiib" 7 kali, keluarga dan harta bendanya akan dijaga oleh Allah SWT



4.  Barang siapa mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibu bapa, apabila membaca "Ya-Syahiid" berulang-kali kepada anaknya, insyallah anak itu akan menurut perintah.



5. Barang siapa berzikir "Ya-Matiin" 10 kali ke atas anak-anak kecil lelaki atau perempuan, insyallah mereka terpelihara daripada kejahatan zina ----> yang ini semua wajip baca kat kanak-kanak ribena korang.



6. Barang siapa membanyakkan berzikir "Ya-Mubdi" setiap hari siang dan malam dengan tiada terhitung banyakknya selama sebulan, insyallah hartanya dibanyakkan dengan tiada terkira jumlahnya.



7. Barang siapa memperbanyakkan zikir "Ya-Hayy", Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehinggakan si pengamalnya selamat daripada sifat munafik, syirik, dengki, bongkak, dendam dan lain-lain sifat seumpamanya.



Itula di antara zikir-zikir yang aku rasenya superb... opkos yang lain-lain pon tak kurang hebatnya....


mama-mama yang awesome sekalian, doa dan zikir seorang ibu adalah sungguh mustajab. Berdoalah akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.



Renung-renungkan, jangan sampai termenung...




kalau nak study lebih lagi.. sila ke sini
http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_l_id=PUB.1410.39





3 comments:

eB said...

tq, sharing is caring


SeLaMaT HaRi RaYa
MaaF ZaHiR BaTiN

@tune® said...

aku bajet..mak mak kite lupe la nk zikir kt kite..

tu yg ko n aku menyetan...kehkehkeh

aku.mamalia.wanita said...

Bukan setakat menyetan, munyundal semua ada.... Eh, itu atie....hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...