Pantang.....
Belum apa-apa aku dah mengeluh mengenangkan waktu pantang yang just around the corner....
Seriously, antara time pregnant, time bersalin atau time pantang, saat yang paling stressful adalah ketika ko kena habiskan:
- 44 hari without air ais, apatah lagi nescafe ais ataupun caramel latte extra shot,
- 44 hari berlakon macam orang jepun berdisiplin gila yang pakai setokin walaupun matahari terpacak kat luar sana tuh
- 44 hari tanpa sambal belacan ataupon air asam cicah dengan ikan bakar restoran cemomor (restoran kat depan opis aku),
- 44 hari tanpa roti telur bawang restoran kanna curry houz...
Etc, etc...You all get the picture kan...?
I've experience both pantang bersalin normal & pantang c-sect... Dan saya sangat teruja dengan pantang bersalin ikut tingkap (c-sect)...
Pantang bersalin normal adalah sangat strict, semua kena ikut rejim yang sepatutnya iaitu urut, tungku 2kali sehari, bengkung 24 jam kecuali mandi, mandi air rebusan daun, jalan terkedek-kedek untuk menjaga 'tut' di bawah sana bagi keharmonian rumah tangga kelak, makan jamu (after 2weeks), dan lain-lain lagi...
Memang tidak dinafikan kesemua amalan diatas memang bagus untuk kesihatan dan kelangsingan hot mama selepas 44 hari esok, tapi it is all very very tiring and stressfull.... No joke man!
Compared to pantang c-sect, first couple of weeks tu, tak payah urut, bengkung atau tungku... (Actually boleh jer tungku, jangan la tungku kat perut, buat la bahagian lain macam kaki, tangan or belakang..... Cuma aku je malas).. So, kiter just concentrate kat baby... Lepas luka kesan jahitan tu dah kering dan badan pon dah ok skit, boleh la start disiplin-displin pantang....
Masa bersalin anak aku yang #2...( siapa yang baru baca blog i... 'hello, apa kabor?'... Caca adalah pre-term baby, so emergency ceaser)... 1 perkara pantang pon aku tak buat, kecuali jaga makan, pakai setokin dan makan jamu.....
Ini adalah kerana, everyday, aku akan pegi ke hospital selama sebulan untuk temankan anakanda kesayangan dalam inkubator.... Dan akibatnya, atoi nya pon... Selepas 3 bulan, badan rase sengal-sengal yang teramat sangat sampai menusuk ke tulang hitam... Serious shit... Aku tak main-main... Then baru terhegeh-hegeh mencari orang urut, tungku dan mandi daun selama 3 kali treatment kat spa...
Dan kali ini, insyallah, aku berazam nak pantang kuat-kuat....
Walaupun c-sect..
Adakah azam hanya tinggal azam? Ataupon tidak....? Kita tunggu.... Muahaahaha.....
Ntah-ntah aku dok very the busy bee ngan Danial, Aisya n baby, pantang pon terlupa kot.....
* tetiba verangan nak amek confinement lady cam red mummy...huhuhu.. Waklu... Mahal tu! *
5 comments:
x pe la bkn slalu kn kena mcm ni..kt nk hot n pinggang bak bak kerengga..
wahhh!!! saya pun akan melaluinya...
sangat2 menguji kesabaran.....kak jgn lupa follow my link also k ...
http://papperclip85.blogspot.com/
thank you =)
betul2..tapi org zaman sekrang pantang dah tak cukup 44 hari pun...ada sesetengah tu baik je luka terus berjalan2...wanita alaf barulah katakan:)
mmg pantang aku dgr ikan bakar ngan kuah assam..
eh, xblh makan ke?
khairin : hopefully pinggang memberi kerjasama untuk kembali kerengga
hajar : i will followw youuuuu
sheqeen : aku time caca, keluar jer hospital terus g sarakids... hahahah
atune - errr, bukan air asam ada belacan, tomato, cabai merah ker.. ntah le, mak aku tak bagi makan...
Post a Comment