Pages

Monday, November 15, 2010

Hari raya... hari yang mulia


Hari raya.. hari yang mulia
Penuh bererti kepada kita
Tua, muda, miskin dan kaya
Menyambutnya dengan gembiraaaaaaaa.........
(one of my favaorite Raya Song, a song from EON)



Tapi, kenapa aku tak gembira..?



tak gembira..?



Hari raya maaa..? kenapa tak gembira? kenapa? why? tim kai aaa?



Saya senaraikan antara sebab-sebab saya tak gembira..
1. hari ini, iaitu hari Isnin bersamaan dengan 8 Zulhijjah 1431H, saya bekerja.
2. hari esok, iaitu hari Selasa bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1431H, saya masih bekerja.
3. hari tulat, iaitu hari Rabu bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1431H, HARI RAYA HAJI.. sudah tentu saya cuti.
4. hari tonggeng, iaitu hari Khamis bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1431H, saya sudah bekerja!
5. hari (lepas tonggeng apa eh..?), iaitu hari Jumaat bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1431H, saya bekerja lagi!



Cuti 1 hari jer? Apakah ini..?



Walaupon saya bangga menjadi rakyat 1 Malaysia, tapi cuti 1 hari jerk..??!!



TIDAKKK!!



Disebabkan cuti 1/SATU/ONE/ONNE/YAT hari jer, saya tidak dapat pulang berhari raya bersama bonda dan ayahanda terchenta.. tetiba terdengar sayup-sayup lagu Dendang Perantau... sob sob sob..



hok aloh.. Raya Aji jer..lex la bro...



Walau hari raya haji je.. tapi masih hari raya kan? mak saya masih merendang di pagi raya, bersama nasi himpit kuah kacang dan lontong..



Sungguh.. saya sedih..



Di dalam kesedihan ini, saya ingin berkongsi dan juga mengingati diri sendiri tentang penghayatan Aidiladha ini.. *bertukar suara jadi mode ustazah*



Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.



Sejarah Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.” ..utuhnya iman Nabi Ismail, masyaAllah

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. (sumber: Pusat Maklumat Rakyat)


       credit to Google



Jadi persoalannya, apakah pengorbanan anda?


Disebabkan saya hanya cuti 1 hari sahaja, jadi itulah pengorbanan saya... 'korban'kan cuti demi untuk kemajuan syarikat...


Saya berjanji saya akan bekerja dengan ikhlas pada minggu ini  *hidung kembang kuncup tak pasal-pasal untuk 'cover' kekeciwaan*




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA especially to hubby, danial, aisya, mak dan abah di kampung, mak mertua dan abah mertua, kakak, abang ipar, haris ehsan, dalilah hanani dan semua kawan-kawan yang mengenali diri ini..(macam Segmen Sampaikan kat TV3 plak)



I LOVE YOU ALL SO MUCH..
muahssss muahsssss






3 comments:

Maisarah Mohamed Taib said...

aku tumpang sedih.... (sambil dengan riang meratah ayam rendang dengan lemang)

Ur Other Half said...

hahaa.. xpe cuti jugak kan?
slamat menyambut hr ry aidiladha..

aku.mamalia.wanita said...

abbo - kau kijam abbo! kijam!
darkbatman - hehehe.. selamat hari raya to u too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...