Rentetan daripda http://mylittletotjourney.blogspot.com/ , kisah baby harris jatuh katil, nak dijadikan cerita.. anakanda Danial pulak jatuh.. lagi tragik, dia jatuh longkang sedalam 1meter..
huhuhuhu...
semasa kejadian, aku tengah mendokong Aisya... Hubby ku tengah dok usha-usha bukit kat belakang umah aku... si Danial tengah berjalan-jalan bersuka-ria.
Aku dah nampak dah, kaki dia nak pijak kat longkang tuh.. agaknya dia budget longkang tu bukan longkang la...
Dia pijak jugak.......
Aku menjerit-jerit..
Tapi, apakan daya....
GEDEBUK!!!!!
UWAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! danial plak jerit
Amezan Bin Hj Mat Said sepantas kilat melompat masuk dalam longkang dan terus angkat dia...
Aku terpaku... BLUR kejap...
lepas 2 saat, baru la aku pass Aisya kat bibik, dan terus amik Danial dari ayah...
Menggigil beb..
Siapa? Mama dan ayah..
Anak? Alhamdulillah... Danial cuma menangis terkejut...dan calar sikit kat tangan dia
Aku yakin, malaikat yang sambut anak aku...
So, let's say if you are ever been in this kind of situation.. Anak jatuh atau tergolek dog;
1. DO NOT PANIC.. the first 2-3 second after, is the most crucial moment..
(ok ok.. ye aku mengaku, aku panik.. tetapi suami aku tidak... sepantas kilat terus dia melompat ke
dalam longkang untuk amik danial)
2. Tenangkan anak anda
(sebab tu anda TIDAK DIBENARKAN untuk panik supaya apabila anda tenang.. baru la boleh
tenangkan anak, kan?)
3. Check keseluruhan badan anak, e.g. kepala, tangan, kaki.. kalau berdarah ke apa ke kan..
4. Bagi anak minum air
(ini mak aku selalu pesan.. katanya untuk menghilangkan kesan terkejut akibat jatuh kat anak tu)
5. Kalau berdarah....
6. Terus start enjin kereta... PEGI KLINIK/HOSPITAL berhampiran
7. Kalau tak berdarah, monitor trend makan/minum susu anak, monitor tengok anak tu ada muntah dengan
kerap ke tak
8. Sekiranya jawapan anda 'YA' untuk soalan diatas.. ulangi langkah No.7
okay, abis dah entri.. dah tak bleh berfikir..
No comments:
Post a Comment